Friday, February 17, 2012

AIRMATA..

airmata..
sekali lagi membasahi pipi..
sekali lagi menjadi peneman diri..
sesungguhnya..aku hanyalah seorang wanita biasa..
yang hatinya mudah tersentuh..
hatinya mudah terasa..
hatinya mudah menangis..

airmata..
teman akrab wanita..
menemani wanita tatkala gembira..
juga menjadi peneman ketika berduka..
bila bibir tak mampu bicara..
hanya airmata menjadi jawapan..

dikala malam semakin larut..
semakin deras airmata turun ke pipi..
Ya Allah..kuatkanlah aku..
berikanlah ketenangan padaku..:'(

airmata menjadi jawapan..






Thursday, February 16, 2012

SENYUMLAH..:)

Satu senyuman sejuta makna.. :)
~ Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud, " Janganlah kamu meremehkan kebaikkan apapun..walapun hanya sekadar bertemu saudaramu dgn wajah yg manis(wajah ceria dan senyuman) ." -Hadis Riwayat Muslim

~ " Tawa Rasulullah SAW adalah SENYUM." - Riwayat Tirmizi

~ Senyum mampu menjadi penawar penyakit rohani yg kronik..ia juga mampu menyejukkan hati yg marah dan memulakkan sebuah ukhuwwah..

~ Dalam Islam,senyum mempunyai kedudukan yg setaraf dgn BERSEDEKAH..sabda Rasulullah SAW, " Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah..beramar makruf dan bernafi mungkar utk saudaranya juga sedekah..dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yg tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar)

~ Dengan senyuman terjalinlah ikatan..:)

Wednesday, February 8, 2012

DUGAAN

dugaan yg datang ibarat hujan lebat membasahi bumi..
dua dugaan ku terima dalam masa yg sama..
Ya Allah kuatkanlah diriku untuk menempuhi semua ini..
ku tahu Engkau sedang menguji sejauh mana kesabaran ku dalam menempuhi ujianMu Ya Allah..
walaupun airmata yang sering menemani saat aku lemah..
tapi ada insan yang membuatku kuat kembali..
Ya Allah..aku hanya insan biasa..
insan yg masih baru dalam mencari Nur keIslaman..
kadang2 tak kuat dalam menempuhi dugaan..
tapi..Engkau tidak akan menurunkan ujian yang tidak mampu di tempuhi hambaMu..
ujian yang Engkau turunkan tanda kasihMu terhadap hambaMu..
setiap yang terjadi atas kehendakMu..
KUNFAYAKUN.."Jadilah..maka terjadilah.."
sabarlah duhai hati..
dalam menempuhi semua dugaan ini..
Allah sentiasa  ada bersama..:)



Sunday, February 5, 2012

KEHIDUPAN..

"Begitu indah dunia,
siapapun kan tergoda,
harta pangkat dan wanita,
melemahkan jiwa,
tanpa iman dalam hati..
kita kan dikuasai"

Begitulah lirik lagu 'fatamorgana'..lirik lagu ini jelas menyatakan dunia ini membuat ramai manusia asyik dgn keduniaan..sedangkan kita tahu dunia hanya pinjaman..tetapi akhirat yang kekal..masih ramai yg tidak sedar..masih ramai yang lupakan akhirat..dunia penuh dgn godaan..dugaan..tapi selagi iman masih kuat..insyaAllah..kita tidak akan tergoda dgn dunia..kerana harta keduniaan,manusia sanggup bermusuh..sanggup menghancurkan keluarga orang lain..sanggup berbuat apa saja untuk harta dunia yang hanya sementara..mengapa tidak mencari bekalan untuk akhirat?adakah harta dunia dapat menjamin kita di akhirat kelak?sedarlah wahai umat Islam sekalian..jangan terlalu taksub dgn dunia..carilah akhirat..dunia semakin hampir kepada penghujungnya..tidakkah kita takut dgn azab Allah..?Astaghafirullah....
Dunia ini hanya sementara..
           Aku sendiri masih mencari2 nur Islam..aku menulis bukan kerana aku sudah cukup untuk bekalan akhirat..aku menulis kerana aku inginkan saudara seagamaku sama2 mencari nur Islam yang sebenar..bukan hanya Islam di kad pengenalan..tetapi Islam di hati.. :) cukuplah wahai saudara seagamaku..tinggalkan dunia yang hanya bersifat sementara..carilah bekalan akhirat sebanyak2ny..InsyaAllah semoga Allah memberkati kita semua..Amin..:)

Thursday, February 2, 2012

MAULIDUR RASUL VS VALENTINE'S DAY

MAULIDUR RASUL VS VALENTINE'S DAY..tajuk entry aku kali ni..ke dua2 nya jatuh pd bulan yang sama tapi tarikh yang berlainan..ok..aku nak cite pasal orang zaman sekarang ni..terutamanya REMAJA ISLAM di luar sana..sekarang ni aku tgk ramai remaja yang celebrate VALENTINE'S DAY ni..celebrate dgn kekasih..bagi hadiah..jalan pegang tgn..pastu "celebrate" kat bilik hotel..Astaghfirullah..konon ny nk berkasih sayang la..tak malu ke buat cmtu wahai remaja Islam..mana perginya maruah..mana perginya harga diri..aku tak cakap suma..tapi kebanyakkan..cuba faham betul2 mksd sbnar valentine's day ni..apa di sebalik tarikh "14 FEBRUARI" ..sebenarnya valentine's  day ni banyak berkaitan dgn amalan ritual penganut agama Kristian..sering kita dgr pasal umat Islam diharamkan meraikan valentine's day..tapi remaja islam sekarang ni buat tak tahu je..wahai remaja Islam..sedarlah..valentine's day bukan perayaan kita..Islam amat melarang kepercayaan yang mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut TAQLID..hadis Rasulullah SAW :


"barangsiapa yang meniru atau mengikut suatu kaum(agama)maka dia termasuk kaum(agama) itu."


Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 85:


"barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah diterima(agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

          MAULIDUR RASUL..cuba perhatikan sendiri..jika valentine's day ramai yang menulis tentangnya...hinggalah ke laman sosial..banyak yang update status pasal valentine's day..bagaimana pula dgn maulidur rasul?ramai ke yang nk tulis..ke ramai yang tak tahu maulidur rasul tu bila?korang bole buat research dan  nilailah sendiri... :) secara umumnya,12 Rabiulawal merupakan hari keputeraan baginda Rasulullah SAW..marilah kita sambut maulidur rasul ni dgn cara yang baik,selawat,berzikir,amalkan sunnah baginda yang selama 365 hari sebelumnya kita mungkin tidak buat.. :) menyambut maulidur rasul banyak mendatangkan kebaikkan..kita akan lebih mengingati Rasulullah sambil beramal dan secara tidak langsung akan merasa malu membuat maksiat pada hari itu..ok..kepada yang belum tahu tarikh 12 Rabiulawal juga adalah tarikh kewafatan baginda Rasulullah..mungkin ramai yang tidak sedar didalam menyambut hari keputeraan baginda, ia juga adalah hari kewafatan baginda..seharusnya,kita kembali mengingati sejarah perjuangan Manusia Terulung ini..secara tidak langsung akan timbul perasaan cinta dan sayang kepada baginda Rasulullah..setandingkah kasih sayang kita terhadap baginda?jika di akhir hayatnya,baginda menyebut "umatku..umatku..umatku.." walaupun baginda sedang gering menahan sakit sakaratul maut..
          Jadi,mana pilihan kita?yang mana kita lebih teruja untuk menyambutnya?valentine's day yang merosakkan diri dan pemikiran kita atau maulidur rasul yang tidak merosakkan diri sebaliknya banyak memberi kebaikkan kepada kita..entry ini ditulis khas utk memperingati diri sendiri dan umat Islam yang lain..maaf jika ada silap dan salah..setiap yang baik itu datang dari Allah..manakala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri..Wallahualam..SALAM MAULIDUR RASUL..






Tuesday, January 31, 2012

KUPINANG ENGKAU DENGAN AL-QURAN

suatu hari datanglah seorang perempuan kpd Rasulullah..dan berkata.."Ya Rasulullah aku dtg menghibahkan diriku untukmu.." Rasulullah pun melihatnya,dan mengangguk angguk kepalanya..tapi Rasulullah kemudian kembali duduk..rupanya xada hasrat di hatinya untuk menikahi perempuan itu..tiba-tiba salah satu sahabat berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah..jika engkau tidak berhasrat untuk menikahinya,maka nikahkanlah aku dengannya.." lalu Rasulullah berkata pada lelaki itu, "apa yang kau punya untuk meminangnya?" "aku tidak punya apa-apa ya Rasulullah.." jawab lelaki itu..Rasulullah berkata lagi, "pulanglah kepada keluargamu..lihatlah..apakah ada yg bisa engkau gunakan sbg mahar di sana.." lelaki itu pulang..lalu dia kembali lagi dan berkata, "Demi Allah aku tidak punya apapun untuk mahar.." kata Rasulullah, "lihatlah..walaupun hanya cincin dari besi.." lelaki itupun kembali pulang..lalu dia kembali dan berkata, "Demi Allah..aku juga tidak mendapatinya..tapi aku punya kain Ya Rasulullah.." "apa yang bisa kau lakukan dengan kain itu?jika kau memakainya,isterimu tidak bisa memakainya..dan jika isterimu yang memakainya,kau tidak bisa memakainya.." kata Rasulullah..lelaki itupun kembali duduk..dan tetap duduk hingga majlis selesai..lelaki itu tampak sangat sedih..lalu..Rasulullah memanggilnya dan berkata pada lelaki itu, "apa yang kau punya dari Al qur'an?" " Ya Rasulullah..aku hafal surat ini..dan surat ini.." jawab lelaki itu..Rasulullah pun berkata, "kalau begitu aku nikahkan kau dengannya..dengan mahar ayat Al Qur'an yang kau punya.." Subhanallah...akhirnya lelaki itupun menikah..dengan ayat2 Al Qur'an yang dihafalnya..sebagai mahar pinangannya..

DIA..

dia..
hadir dalam hidupku tatkala aku telah letih utk bercinta lagi..
kehadirannya bagiku memberi sinar baru bagiku..
hati yg dulu sering menangis..
kini kembali senyum saat kehadirannya..

dia..
sentiasa menemaniku d saat aku amat memerlukan seseorang..
sentiasa d sampingku d saat aku bersedih..dan gembira..
tidak pernah membiarkan aku bersendirian..

dia..
tidak pernah mahu aku menitiskan airmata..
baginya..airmataku begitu berharga..
tapi..aku hanya seorang wanita biasa..
yang hatinya sgt rapuh..

andai dia jodoh buat ku d luh mahfuz..
aku terima dia seadanya..
kekurangannya aku jadikan kelebihanku..
kelebihannya..aku jdkan kekuatan dalam diriku..


Ya Allah..
kau dekatkanlah hati kami berdua..
kau satukanlah hati kami berdua..
andai aku adalah tulang rusuknya yang hilang..
amin yarabal a'lamin......